Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya : Ramadan Telah Berakhir

Maka kanak-kanak pun bersorak riang. Suasana sedikit kucar-kacir. Ada yang tengah sibuk masukan biskut raya dalam balang, ada yang terkapai-kapai tukar tabir baru, ada yang tak sudah mengetest baju raya, ada yang tengah vakum sofa sampai tersedut anak kucing.

Ada yang terkinja-kinja bermain bunga api dan ada yang meraung jari tinggal dua, esok nak makan lemang pakai ibu jari dengan jari kelinking. Dan ada pula yang sibuk update facebook dan blog. Ok , fine, itu gua.

Jadi dengan ini, gua mengambil sedikit ruang dalam dunia blog ini untuk mengucapkan,

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Jumaat, 26 Ogos 2011

Fakta Internet

What?. Japan & Korea. That is awesome compared to our lovely country. 61mbps for only 0.27 per mbps. Now I already packing to Japan. Maria Ozawa, wait for me. #LOL.




*Saiz super besar. Sila klik untuk tumbesaran.
**Pusat sumber : dailyinfographic.com & sini

Khamis, 25 Ogos 2011

Faceblog

Entah setan apa yang merasuk gua untuk join benda ini. Mula-mula gua fikir, gampang mana lagi yang buat laman sesawang guna idea orang lain, Mark Zuckerberg saja yang mampu jadi kaya hasil idea orang lain.

Tapi bila gua selidik-selidik, tujuan benda ini adalah murni untuk menghimpunkan para blogger lantas bersosial dan mengalakkan kunjung-mengunjug lalu mengundang trafik berjuta-juta. Gua pun join tanpa fikir panjang. Baiklah, sebelum gua menulis dengan lebih celaka, ada baiknya korang lawat laman sesawang faceblog ni.

Sila klik sini untuk maklumat lebih tepat.

*Maaf la, gua ni tak pandai mengarang sangat.

Teringin Gua Nak Jadi Dr Love

Tak da masalah yang tiada penyelesaiannya.
Masalah cinta? Sunyi? Tak da gf/bf?

I can solve it like primary school maths.




*Macam gampang entri gua ni.

Rabu, 24 Ogos 2011

Selasa, 23 Ogos 2011

Kad Raya

Gua perati sekarang scene kad raya tak meriah. Lebih-lebih lagi sejak, si Mark Zuckerberg cipta laman sosial paling meriah yakni Facebook. Maka berduyun-duyun lah orang pakat wall post ucap Selamat Hari Raya.

Paling kurang pun gua tengok kad raya ni, bila ada kompeni lain bagi hamper. Lalu gua fikir, betapa bestnya zaman sekolah. Lebih-lebih lagi kalu dapat dari awek paling cun dalam kelas tu. Perghh~. Lagi kalu dapat yang ada bunyi, lagi lain macam dia punya feel.

Sekarang dah masuk puasa ke-23. Tak ada ka sesiapa yang nak bagi gua kad raya?. Sedihnya. Huu~

Khamis, 18 Ogos 2011

Diari Ramadan

Hari ke 18 puasa. Kalau hari-hari sebelum ni, scene berpuasa gua berjalan dengan tenang dan diberkati. Juadah berbuka gua mantap dan masa bersahur gua tepat. Tapi tidak hari ini, gua terjaga pukul 6.05 pagi. Gua 'check' telefon, alarm belum bermati dari jam 3.30, 3 mesej dan 1 misscall. Celaka. Gua langsung tak dengar.

Ini semua kalau boleh gua nak salah kan movie 'Chicken Run' yang ditayang di T.V2 semalam. What?, chicken?. Gua jadi lapar. Dugaan.

Rabu, 17 Ogos 2011

Dota 2

Gua tahu ramai gila yang main game ni. So kepada taik-taik Dota di luar sana. This Dota 2 is awesome. So sesiapa yang ada info dimana nak cari or download Dota 2 ni, sila-sila lah share. Keh, Keh, Keh.



Wordless Wednesday #7

3

     klik untuk tumbesaran.

source : chan4chan , blogserius

Ahad, 14 Ogos 2011

Cats vs Dogs

can i have both?

Rabu, 10 Ogos 2011

Peluang Pekerjaan


Pencarian: Jawatan Kosong Perunding Pendidikan Sabah (Kota Kinabalu) & Sarawak (Kuching, Sri Aman, Kota Samarahan, Miri)


Sila klik link dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut:
http://www.mudah.my/vi/11023630.htm

http://www.mudah.my/vi/11025524.htm




Wordless Wednesday #6

Selasa, 9 Ogos 2011

Pengumuman Ala-Ala Pengumuman Hari Raya

Blog ini secara rasminya ditulis oleh dua invidu. Individu pertama sudah tentu gua, gua lebih gemar menggunakan perkataan ganti diri 'gua'. Dan bahasa yang gua guna amat not safe for SPM student. Penulis kedua pula ialah tunang gua. Tengok saja apa jadi dengan layout, font dan template gua. Girly. Eww but in the same time cute juga. Jadi gua tak kisah sangat. To my fiancee, i love u~.

The Sims

I just want to say that I'm addicted to this game now~~
Sekarang tgh main Sims 3!
Nak share this pic,so cute..hehe

Khamis, 4 Ogos 2011

Sukar Benar Gua Nak Update Blog

Gua tengok pengemar blog rata-rata update blog hampir setiap hari. Dari mana korang dapat idea ni?. Gua nak menulis benda ni pun 3 hari gua fikir. Habis gua google merata cari bahan. Ini pun gua tak tau benda apa lagi gua nak tulis. Baiklah, bye. Selamat berposa. Lama lagi nak jam 3 ni. Gua plan nak ke bazar. Beli air tebu. srrrppp, air liur gua meleleh. Celaka.

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadan Datang Lagi

Selamat menjalani ibadat puasa gua ucapkan kepada seluruh umat Islam.

fasting_Ramadan

gambar rembat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...