Selasa, 14 Jun 2011

Membaca dan menulis

Gua tulis menulis ni gua tak berapa. Cuma gua agak bersyukur gua punya minat tulis dan baca selari. Tak semua orang macam gua, ada yang membacanya hebat tapi menulisnya macam celaka begitu lah juga sebaliknya.

Dijadikan cerita gua dulu masa sekolah, gua punya ilmu menulis karangan bukan calang-calang juga. Menjadi buah mulut cikgu-cikgu, dibawa cerita hingga menjadi top juga gua. Tapi selepas tu gua punya daya menulis dah down sikit, dan macam gampang juga. Mungkin disebabkan pengaruh tidak baik, gua tak dapat pastikan.


Lalu gua teringat balik. Antara yang gua suka tulis dulu bila ada tugasan yang bina-bina ayat. Antara contoh yang gua ingat:


1) Kakitangan : Kakitangan bukan mengajar di sekolah ni semuanya macam syaitan. Merujuk kepada seorang penjaga setor sukan yang kedekut hendak meminjamkan bola.

2) Rasa : Makanan di kantin tidak sedap sama sekali. Rasa macam iblis.


* hanya memberi beberapa contoh.


+++++++

Penulisan gua ni langsung tak boleh menjadi rujukan pelajar yang ingin mengambil peperiksaan. Kelak akan ditong sampah kan. Harap maaf.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...