Rabu, 27 Julai 2011

Jumaat, 22 Julai 2011

Kesedaran

Video kesedaran terhadap alam sekitar paling awesome. What?, tak ada impak?, tak paham?, sila pergi sembahyang.

Rabu, 20 Julai 2011

Isnin, 18 Julai 2011

Hero

Harimau Malaya vs Liverpool FC - 16/July/2011. Kali pertama datang Malaysia. Maka, puluhan ribu membanjiri stadium, hampir semuanya penyokong kelab bertahun-tak-menang-liga, Liverpool FC. Tapi apa kelas gua nak cerita pasal kelab tangga ke-6 liga English. Baik gua cerita pasal brader ini. Kira promo, kot-kot ada kelab English yg berminat, ya dak?.







Nama dalam I.C : Mohd Safee Bin Mohd Sali
D.O.B : Januari 29, 1984
P.O.B : Selangor
Posisi : Penyerang
Makanan kegemaran : tiada maklumat
Minuman kegemaran : tiada maklumat
Kelab terkini : Pelita Jaya FC
Fav. Quot : 'Menjaring menggunakan dua-dua betis enggak gampang yang disangka'



Rabu, 13 Julai 2011

Wordless Wednesday #2

new

 

x-men-first-class-charles-xavier

Professor X dari filem X-Men : First Class.

Selasa, 12 Julai 2011

Panas Terik

sunshine_2

 

Berjalan tengah panas tanpa sebarang perlindungan seperti payung atau sun block misalnya adalah 1 kerja sia-sia. Jadi sudah tentu pilihan gua payung jenama 'xiong feng'. Ianya ringan dan mudah dikendali, cuma perlu berhati-hati dengan angin lintang. Bagi lelaki macam gua, ianya tak akan membuat gua kelihatan ayu, tapi kelihatan seperti penyanyi korea mungkin paling tepat. Tapi bagi yg limited saja, macam gua.

Isnin, 11 Julai 2011

The Demise of Democracy


....................


....................


*Gambar rembat dari facebook.

Spontaneous Monday - Pejalan Kaki

Gua adalah seorang yang aktif didalam aktiviti berjalan kaki. Berjalan kaki ke dapur untuk melantak atau ke tandas untuk menandas tidak lah dianggap sebagai satu aktiviti. Aktiviti jalan kaki gua hanya melibatkan berjalan ke tempat kerja.

Ke tempat lain pandai juga gua naik bas atau pandu kereta pinjam. Jadi mengatakan gua sebagai pejalan kaki tegar adalah satu tuduhan. Mengatakan gua sebagai pejalan kaki berlesen, ianya adalah satu pujian bagi gua.

Sebagai seorang pejalan kaki berkaliber dan mementingkan keselamatan. Gua amat berhati-hati terhadap lalulintas dan pemandu-gila-dan-macam-setan atau juga sebarang tindak tanduk bangang. Bangang di jalan raya boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk.

Bangang yang boleh memberi implikasi kepada gua boleh mengakibatkan 'middle finger' gua naik dan mulut gua kumat kamit berzikir kata-kata kesat. Ingat, jangan jadi bangang. Pesanan ikhlas dari seorang pejalan kaki.

+++++

'Fuck yeah!', kata gua lalu melintas sambil berlari-lari anak.

Gua rasa, boleh tahan cute juga gua ni.


Khamis, 7 Julai 2011

Ekonomi

gambar rembat dari sini.

Macam gampang juga tajuk entri gua ni. Dan gambar di atas adalah contoh gambaran sarapan gua tadi. Harganya RM2.00. Tapi gua bukannya nak tulis atau promosi makanan Malaysia atau bercerita pasal betapa nasi lemak boleh mengundang obesiti jika dimakan disekolah.

Tapi sebenarnya, gua teringin juga merasa sarapan harga RM15.00 sekali henjut. Tapi memandangkan ekonomi gua belum kukuh, gua simpan saja hasrat murni gua itu. Nasib saja iman gua masih kukuh dari melakukan kerja haram.

Lalu gua fikir, puas sudah gua menyalahkan diri sendiri. Jadi tiba masanya gua cari bahan lain untuk disalahkan. Paling senang gua nak salahkan ialah kerajaan. Apasal tak ambik gua kerja dan bagi gaji 2-3 ribu?. Penat gua datang interbiu. Sampai ketiak berpeluh dan menahan kencing sebab tunggu lama. Akhirnya di ambik juga yang muka tak tau buat kerja tapi ada kabel. Babi.


Rabu, 6 Julai 2011

Isnin, 4 Julai 2011

Monocle


gambar di rembat dari sini.

Monocle. Gua jumpa majalah ni masa gua bersiar-siar di kedai buku di Kuala Lumpur. Gua belek-belek, baca secara sambil lewa. Rasanya kalau gua baca lebih 10 keluaran gua rasa otak gua lebih berilmiah dari pegawai kerajaan yang tahap PHD tapi gemar baca mastika.

+++++

"Mastika baru ada ka tauke?, gua bertanya.
"Ada..nah", sambil hulur tapi tak tengok muka gua.
"Yes, harganya lebih murah berbanding di Kota Kinabalu", gua kata dalam hati.


Peningkatan

klik gambar untuk tumbesaran.


Ada peningkatan walaupun kena taip full baru kuar.
Keh, Keh, Keh

Ahad, 3 Julai 2011

Warna Kuning Diisytihar Racun Terbisa!

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.

Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.

Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A. Samad Said

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...