Isnin, 11 Julai 2011

Spontaneous Monday - Pejalan Kaki

Gua adalah seorang yang aktif didalam aktiviti berjalan kaki. Berjalan kaki ke dapur untuk melantak atau ke tandas untuk menandas tidak lah dianggap sebagai satu aktiviti. Aktiviti jalan kaki gua hanya melibatkan berjalan ke tempat kerja.

Ke tempat lain pandai juga gua naik bas atau pandu kereta pinjam. Jadi mengatakan gua sebagai pejalan kaki tegar adalah satu tuduhan. Mengatakan gua sebagai pejalan kaki berlesen, ianya adalah satu pujian bagi gua.

Sebagai seorang pejalan kaki berkaliber dan mementingkan keselamatan. Gua amat berhati-hati terhadap lalulintas dan pemandu-gila-dan-macam-setan atau juga sebarang tindak tanduk bangang. Bangang di jalan raya boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk.

Bangang yang boleh memberi implikasi kepada gua boleh mengakibatkan 'middle finger' gua naik dan mulut gua kumat kamit berzikir kata-kata kesat. Ingat, jangan jadi bangang. Pesanan ikhlas dari seorang pejalan kaki.

+++++

'Fuck yeah!', kata gua lalu melintas sambil berlari-lari anak.

Gua rasa, boleh tahan cute juga gua ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...