Khamis, 30 Jun 2011

Menyalalah! - Unggun Bersih

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara -
Kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni diri.

Lama resah kita - demokrasi duka,
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh kita cemuh,
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abab lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak perlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A. Samad Said

Sabtu, 25 Jun 2011

Perihal Wanita

Wanita adalah kaum yang sexy, cantik, cun, anggun dan segala macam lagi yang indah-indah adalah benar,
Wanita sering dambakan kasih sayang dari lelaki adalah benar,
Wanita adalah kaum yang lemah dan perlu diberi perhatian sentiasa oleh lelaki adalah benar,
Wanita lebih emosional berbanding rasional juga benar,
Wanita bila mula menangis menandakan hatinya sudah terluka adalah benar,
Wanita suka dipujuk rayu juga benar,
Tiada yang benar melainkan benar belaka.


Maka menyayangi wanita adalah perkara sebenar perlu lelaki buat. Bukan buat macam tahi.

+++++

Tapi yang dah ada gelifriend, tunang, isteri tu tak dibenarkan menyayangi wanita lain selain ibu anda.

+++++

Gua ingat entri ni boleh lah gua buat masa Hari Wanita atau Hari Ibu tempoh hari. Tapi memandang masa tu gua belum ada komitmen nak berblog, maka gua buat la ini jam. Keh, Keh, Keh.


Khamis, 23 Jun 2011

Perihal Lelaki

Lelaki adalah sejenis makhluk ciptaan Tuhan yang paling sexy. Tak cukup dengan itu, lelaki juga adalah spesis yang istimewa, bijak, sukar di jangka dan akhir-akhir ini sangat terhad dan hampir pupus. Dikatakan nisbah wanita dan lelaki 37 : 1. Ok fine, fakta ni gua rembat secara sembereno tanpa was-was dari iklan promosi filem cinta, tanpa gua kaji.




Lalu tidak cukup dengan itu, menjadi seorang lelaki ini juga tak mudah. Bukan calang-calang punya tak mudah. Tak mudahnya itu membuatkan orang-orang biasa tak mudah untuk memahaminya. Segala tanggungjawab kalau boleh dipikul ke bahu lelaki. Orang kata bilamana lelaki sudah mengangkat akad nikah, maka dibahunya terpikul la tanggungjawab yang berat lagi power. See, bukan mudah.




Tapi tak semua lelaki mampu menahan power menjadi lelaki ni. Maka terhasil lah lelaki separa wanita. Lalu ingin dibelai oleh lelaki yang lebih power dan bersaing dengan kaum wanita. Celaka. Itu belum lagi dikira lelaki power melempiaskan powernya ke lelaki kurang power. Celaka # 2.




Isnin, 20 Jun 2011

Selamat Hari Bapa




"Gua bukan baru dalam Oil & Gas ni. Lebih 20 tahun. Sudah tentu gua tau tentang subsidi dan turun naik pasaran bahan api ni. Sedang orang lain kucar-kacir, gua rilek-rilek aja"




*Gua diatas adalah merujuk kepada bapa penulis.




+++++++



Agaknya belum terlambat untuk gua mengucapkan Selamat Hari Bapa.




Jumaat, 17 Jun 2011

Sesal

gambar ni gua google dan rembat tanpa kebenaran.





Tadi gua pergi solat. Gua datang awal sikit, jadi boleh gua cari tempat lepak cun-cun bawah kipas dekat tiang. Boleh gua rilek-rilek. Selepas dengar khatib bagi khutbah secukup rasa dan gua antara dengar tak dengar, sebab sekali-sekali fokus gua terarah ke tempat lain.



Lalu solat pun bermula, gua niat sekali lafaz. Dalam kepala gua, apasal Masjid Bandaraya Likas (gua tak pasti ni masjid bandaraya ke masjid negeri), tak pasang sejadah, bukan tak ada, tapi sengaja tak dipasang. Celaka. Kalau tunggu dekat raya baru nak pasang, baik tak payah pasang terus.


+++++



"Nak, kenapa tak ambil makanan dalam tapau tu. Orang sedekah. Banyak tu. Khabarnya seribu bungkus", kata seorang pak cik.



"Tak pa lah. Saya nak cepat kejar bas", kata gua sambil pasang stokin.




"Amboi, eksen", kata pak cik tu dalam hati.





*selang 15 minit, timbul rasa sesal tak ambil makanan tu. Isk, isk, isk.



Khamis, 16 Jun 2011

Bersih

Lu nak bantah lu punya hal. Tapi gua rilek-rilek aja sokong. Tak ada hal.



klik gambar untuk tumbesaran.
sumber : bersih.org

Rabu, 15 Jun 2011

Tanya

Gua dah ada formspring. Jadi boleh lah korang bertanyakan kepada gua kat sini, Keh, Keh, Keh.

Selasa, 14 Jun 2011

Membaca dan menulis

Gua tulis menulis ni gua tak berapa. Cuma gua agak bersyukur gua punya minat tulis dan baca selari. Tak semua orang macam gua, ada yang membacanya hebat tapi menulisnya macam celaka begitu lah juga sebaliknya.

Dijadikan cerita gua dulu masa sekolah, gua punya ilmu menulis karangan bukan calang-calang juga. Menjadi buah mulut cikgu-cikgu, dibawa cerita hingga menjadi top juga gua. Tapi selepas tu gua punya daya menulis dah down sikit, dan macam gampang juga. Mungkin disebabkan pengaruh tidak baik, gua tak dapat pastikan.


Lalu gua teringat balik. Antara yang gua suka tulis dulu bila ada tugasan yang bina-bina ayat. Antara contoh yang gua ingat:


1) Kakitangan : Kakitangan bukan mengajar di sekolah ni semuanya macam syaitan. Merujuk kepada seorang penjaga setor sukan yang kedekut hendak meminjamkan bola.

2) Rasa : Makanan di kantin tidak sedap sama sekali. Rasa macam iblis.


* hanya memberi beberapa contoh.


+++++++

Penulisan gua ni langsung tak boleh menjadi rujukan pelajar yang ingin mengambil peperiksaan. Kelak akan ditong sampah kan. Harap maaf.

Jumaat, 10 Jun 2011

Lelaki

Sedang hari siang yang biasa-biasa, gua sibuk berkerja mencari sesuap nasi dan juga sedikit bekalan untuk isteri dan anak-anak masa depan gua. Petang dan malam pula gua sibuk melatih diri membuat kerja-kerja rumah agar bisa meringankan beban isteri masa depan gua. Tapi..ada tapinya, kelak bila gua dah beristeri, tiba ja malam jumaat, biarlah kudrat gua tu tertumpu ke benda lain.


Lalu gua fikir, menjadi lelaki ni agak menjerihkan juga sebenarnya. Patutla syurga para isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Tapi bukan bermakna lelaki boleh kaki-kaki kan isteri atau meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala isteri. Juga bukan juga menjadi kaki botol, kaki judi, kaki disko dan segala macam kaki.


++++++++++


Celaka. Gua baru sedar, kain gua cuci pakai kaki semalam gua belum jemur lagi.


Selasa, 7 Jun 2011

Berat

Kalau boleh gua nak tulis benda berat-berat dekat blog gua ni. Bukan calang-calang punya berat. Seberat bahu memikul. Tapi berat rasanya gua nak menulisnya. Kah, Kah, Kah.

Lelaki X

sumber : wikipedia




sumber : sini

Ahad, 5 Jun 2011

Dulu-dulu

Gua dulu masa gua masih belum baligh gua tak sama macam budak-budak lain. Sedang yang lain sibuk merayau, bermain dan segala macam lagi benda yang budak-budak selalu buat, gua rilek-rilek aja dirumah. Gua tak berapa into dengan scene lepak bebudak ni. Gua lebih suka diam-diam dirumah, kalau dah bosan gua ambil penyepit kain lalu gua buat main. Kadang boleh jadi kapal terbang penyepit tu gua buat. Kira ok lah dari bermain dengan anak jin ya dak?.




Jumaat, 3 Jun 2011

Baru

Disediakan untuk berblog. Kah, Kah, Kah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...