Khamis, 23 Jun 2011

Perihal Lelaki

Lelaki adalah sejenis makhluk ciptaan Tuhan yang paling sexy. Tak cukup dengan itu, lelaki juga adalah spesis yang istimewa, bijak, sukar di jangka dan akhir-akhir ini sangat terhad dan hampir pupus. Dikatakan nisbah wanita dan lelaki 37 : 1. Ok fine, fakta ni gua rembat secara sembereno tanpa was-was dari iklan promosi filem cinta, tanpa gua kaji.




Lalu tidak cukup dengan itu, menjadi seorang lelaki ini juga tak mudah. Bukan calang-calang punya tak mudah. Tak mudahnya itu membuatkan orang-orang biasa tak mudah untuk memahaminya. Segala tanggungjawab kalau boleh dipikul ke bahu lelaki. Orang kata bilamana lelaki sudah mengangkat akad nikah, maka dibahunya terpikul la tanggungjawab yang berat lagi power. See, bukan mudah.




Tapi tak semua lelaki mampu menahan power menjadi lelaki ni. Maka terhasil lah lelaki separa wanita. Lalu ingin dibelai oleh lelaki yang lebih power dan bersaing dengan kaum wanita. Celaka. Itu belum lagi dikira lelaki power melempiaskan powernya ke lelaki kurang power. Celaka # 2.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...