Jumaat, 17 Jun 2011

Sesal

gambar ni gua google dan rembat tanpa kebenaran.





Tadi gua pergi solat. Gua datang awal sikit, jadi boleh gua cari tempat lepak cun-cun bawah kipas dekat tiang. Boleh gua rilek-rilek. Selepas dengar khatib bagi khutbah secukup rasa dan gua antara dengar tak dengar, sebab sekali-sekali fokus gua terarah ke tempat lain.



Lalu solat pun bermula, gua niat sekali lafaz. Dalam kepala gua, apasal Masjid Bandaraya Likas (gua tak pasti ni masjid bandaraya ke masjid negeri), tak pasang sejadah, bukan tak ada, tapi sengaja tak dipasang. Celaka. Kalau tunggu dekat raya baru nak pasang, baik tak payah pasang terus.


+++++



"Nak, kenapa tak ambil makanan dalam tapau tu. Orang sedekah. Banyak tu. Khabarnya seribu bungkus", kata seorang pak cik.



"Tak pa lah. Saya nak cepat kejar bas", kata gua sambil pasang stokin.




"Amboi, eksen", kata pak cik tu dalam hati.





*selang 15 minit, timbul rasa sesal tak ambil makanan tu. Isk, isk, isk.



2 ulasan:

  1. sesal ya? brg baik dkasi limpas hidup2, mmg la mnyasal liaw. haha.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...