Khamis, 15 September 2011

Kehidupan Seorang Bujang & Nyamuk

Sebagai seorang pemuda yang berwawasan, liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi sehari-harian gua lalui dengan tabah dan hensem. Tiada istilah putus asa atau dengus-dengus tanda mengeluh. Dan gua tidak pasti sama mengeluh itu boleh dikatakan sebagai mendengus atau ianya lebih sesuai digunapakai hanya bila bernafas dan marah.

Usai berkerja seharian suntuk, gua menapak balik. Ya, rumah gua tidak jauh mana, mungkin hanya sepalaung dari tempat kerja. Jadi berjalan kaki tu boleh la dianggap rutin. Kalau sekarang ramai rakyat Malaysia baru sedar yang berjalan itu boleh menjaga kesihatan jantung dengan baik dan mampu memanjang kan hayat dari sakaratulmaut untuk beberapa tahun menurut kajian. Itu kata mereka yang menjalankan kajian. Tipu mereka, tipu lah gua. Gua pula, berjalan sejak mula berkerja dua tahun yang lalu. Tak da hal.

+++++

Nyamuk. Tidur gua malam tadi jadi tak tentu hala. Kejap-kejap terjaga. Kejap-kejap gua jaga sambil memaki. Kejap-kejap pula gua jaga, kemudian marah, tapi jenis marah yang tak tahu nak marah siapa.

Tapi kenapa gua tak pakai racun nyamuk?. Bukan gua tak nak. Tapi gua tak boleh pakai yang main asap-asap ni. Hidung gua sensitif. Pakai sembur-sembur punya gua rasa macam celaka benda ni, tak berguna. Jadi solution paling bijak gua sudah tentu pasang kipas dengan laju level 5. Dalam pada tu masih ada yang lepas. Lalu gua fikir, makan apa nyamuk-nyamuk ni. Olympians sungguh.


1 ulasan:

  1. ko p jumpe doktor mnx skit darah..
    then time mlm ko letak skit darah kat pinggan ke pe..
    then ko tido..
    letak jauh skit dri ko..
    x psal2 ko un kne isap t..
    hehee..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...