Jumaat, 10 Jun 2011

Lelaki

Sedang hari siang yang biasa-biasa, gua sibuk berkerja mencari sesuap nasi dan juga sedikit bekalan untuk isteri dan anak-anak masa depan gua. Petang dan malam pula gua sibuk melatih diri membuat kerja-kerja rumah agar bisa meringankan beban isteri masa depan gua. Tapi..ada tapinya, kelak bila gua dah beristeri, tiba ja malam jumaat, biarlah kudrat gua tu tertumpu ke benda lain.


Lalu gua fikir, menjadi lelaki ni agak menjerihkan juga sebenarnya. Patutla syurga para isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Tapi bukan bermakna lelaki boleh kaki-kaki kan isteri atau meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala isteri. Juga bukan juga menjadi kaki botol, kaki judi, kaki disko dan segala macam kaki.


++++++++++


Celaka. Gua baru sedar, kain gua cuci pakai kaki semalam gua belum jemur lagi.


2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...