Gua guna Digi broadband untuk online dan gua subscribe yang paling murah punya, nak yang mahal punya gua tak mampu. Jadi bila dah sampai kuota kelajuan akan menurun menjadi sangat lembab. Memandangkan gua pengguna internet yang hardcore tapi miskin dan tak mampu nak bayar lebih jadi gua terpaksa mengadu dengan google.
Dan gua jumpa tutorial yang boleh dipercayai dan tidak menyesatkan. Gua baca dua-tiga kali sampai paham dan salin dikertas. Jadi gua dah lupa links asal. Browser gua pula bila dah tutup, semua history hilang, yelah, kadang-kadang tangan gua gatal juga nak buka Maria Ozawa. #Lol.
So lets cekidaut.
1) Klik > start > run > then taip "cmd". Dan akan keluar macam dalam gambar dibawah.

2) Bila dah keluar benda alah tu. Taip "ipconfig/all" dan tekan enter.

3) Lepas tu, akan keluar info tentang internet connection komputer seperti ip address, gateway dan macam-macam lagi yang gua pun bebal. Tapi abaikan. Yang penting cuma ip address. Apa yang lu orang kena taip seterusnya ialah "ping ip address -t". Dan tekan enter.

4) Bila dah keluar seperti gambar dibawah. Maknanya lu orang telah sukses.

5) Gua tadah tangan dan berdoa semoga lu orang dapat paham dan tidak disesatkan setan. Jadi mulakan dengan Bismillah dan diharap tidak diakhiri dengan maki hamun sekiranya tidak berjaya.