Khamis, 7 November 2013

Ingin menjana pendapatan dgn telefon anda?

Sudah berapa lamakah anak, isteri/suami, gf/bf, Ibubapa, abg, kakak, adik anda pakai handphone? Kalau mereka topup apa yg mereka perolehi? Kdg2 kamu juga yg tolong topupkan mereka. Tak mahu ke klu mereka topup, kamu dpt duit? Sekurang2nya jika anak2 atau istri/suami, gf/bf, ibubapa, abg, kakak dan adik pakai talian tunetalk/toneexcel dan register bwh anda, setiap kali mereka topup, anda akan dpt komisen. Tepuk dada tanya hati. Renung2kan. Klik link di bawah untk makluman lanjut.

http://toneexcel.biz/?id=177160

Rabu, 30 Oktober 2013

Lama tak blogging

"You kill or you die OR You die and you kill"

Love this words..
The appocalypse..

Isnin, 10 September 2012

Menjaga Kucing

sebijik macam si Mumut

      Sejak hari raya ke-5, aku sedang sibuk menjaga seekor kucing.Tapi sebenarnya kucing ni bukan kucing aku pun. Aku jumpa. Secara teknikalnya aku telah menculik seekor kucing dari tuannya, tapi dalam masa yang sama aku sebenarnya menyelamatkan dia dari pemangsa. Aku tidak pasti apa bangsa dan keturunannya, dan dari mana asalnya. Rasa seperti menyimpan seorang pendatang tanpa izin pun ada.

      Jadi rutin aku dan isteri sehari-hari jadi bertambah, macam ada baby. Amboi, mentang-mentang aku dan isteri masih berkira-kira untuk menimang cahaya mata. Aku dan isteri sepakat namakan dia si Mumut.

     Tapi yang menjadikan aku risau, kucing ni bukan kucing kampung. Kalau kucing kampung, bagi tulang ikan pun dia boleh bedal, sangat kompromi. Jadi aku bertanya  dengan bomoh Google benda yang tak patut kucing makan dan kini saya semakin bijak. Benda ni apply untuk semua jenis kucing sebenarnya. Ok pertama sekali;


1) Tuna dalam tin

     What the...??. Kemon. Tuna is ikan dan opkos kucing sinonim dengan ikan. Tapi sebenarnya tuna dalam tin ni (yang untuk manusia punya jenis) adalah tidak sesuai sebagai diet kucing. 

     Kekerapan diet ini boleh menyebabkan kucing kekurangan nutrien dan keracunan merkuri. Difahamkan tuna mempunyai kadar merkuri yang tinggi. Even PETA pun ada bagi '10 sebab kenapa Tuna tak patut di makan'. Walaupun kadang-kadang PETA ni boleh tahan bangangnya.


2) Susu segar

    "Apakata kita susukan kucing ni?, pretend macam baby kita, hikhikhik"
     
     Tapi sebenarnya susu ni tak sesuai untuk kucing, boleh menyebabkan cirit birit. Walaupun masa kecik dorang menyusu tak henti-henti sampai mak kucing tu tak dapat nak pergi makan dan berak. Benda ni aku memang lama dah tahu sebelum aku membuat kajian ni. Sebab dulu masa aku masih sekolah rendah, aku pernah bagi susu dengan kucing kat rumah aku. Bersepah dorang berak.


3) Telur dan daging mentah

     Tak pernah pula aku terfikir nak bagi kucing makan telur. Lagipun sah-sah kucing taknak makan. Tapi kot-kot ada yang terbagi atau tercampur dengan makanan kucing, telur ni boleh menyebabkan kucing gagal menyerap biotin dengan baik dan boleh menyebabkan bulu dan kulit kucing jadi rosak.

       Daging mentah pula berpotensi mengadungi bakteria bra bersaiz e E.Coli. Kucing boleh muntah-muntah dan sakit.



4) Garam dan tepung uli.

    "Kesian juga kucing ni, hari-hari makan ikan rebus kosong. Baik aku letak garam dan sedikit ajinomoto. Aku pun boleh makan sekali. Bijak macam siti sifir aku ni. hikhikhik"

    Kucing ni tak perlu la diberi makan ikut selera kita. Garam dan perisa ni boleh mengundang ketidakseimbangan elektrolit. Jadi lojik nya di sini juga, kucing juga tidak boleh diberi 100 plus. Right?.

        Begitu juga dengan tepung uli. Sedap-sedap kita uli tepung dan buat bentuk jadi ikan. Datang-datang dia, terus ngap. Masuk angin dalam perut dan senak. Padan muka. Tapi yang susahnya kita juga. Tekejar-kejar. Jiran ingatkan anak, rupanya kucing.


5) Ikan
      
        "Fakkk..jadi aku nak bagi apa ??"

      Ikan mentah boleh merosakkan thiamine yang diperlukan kucing. Enzim Thiaminase vs Thiamine = No Thiamine. But wait..what sorcery is this?.

      Tapi nasib baik selama ni aku bagi ikan rebus. Itu dah kira habis tabah dah tu. Tak sanggup aku nak goreng ikan pukul 6 pagi.



Cukuplah lima,  sebenarnya banyak lagi, boleh tengok sini dan sini.


*Gambar bukan milik aku. Diambil dari google images.
  

Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan 2012

Ramadhan datang lagi. Apa yang power nya ramadhan tahun ni aku tidak berpuasa secara solo. Kini aku berpuasa berdua bersama isteri. 

Sahur dikejutkan dengan suara yang manja dan makanan sudah terhidang diatas meja, manakala bebuka pula isteri yang tolong tunjukan makanan bila membeli di pasar ramadhan dan susun cantik-cantik diatas meja.

Power bukan?.

***

Terawih pertama aku tak pergi. Menyesal pun ada juga. Tapi malam kedua tu aku pergi, kira nak survey suasana surau. Orang ramai berpusu-pusu datang, yang kecik pun tak mau kalah. Semuanya kelihatan berseri-seri.

Tapi seperti biasa disemua tempat di Malaysia ni aku rasa, budak-budak yang datang ni bukannya nak sembahyang. Datangnya lebih nak bermain.

Aku sembahyang 8 rakaat dan terus blah. Suara budak-budak ni menengelamkan suara imam. Aku jadi tidak tenang dan kadang-kadang jadi kucar kacir dibuatnya.

Hari-hari seterusnya aku harap pihak AJK surau yang bermuka bengis boleh handle benda-benda macam ni.

***

Hari pertama puasa aku tak pergi pasar ramadhan. Isteri aku ajak berbuka bersama family dia puasa ke-2, jadi aku bercadang mencari sedikit juadah di pasar ramadhan. Jadi aku pun pergilah dekat Sembulan, boleh tahan juga.

Tempat ni memang biasa tempat orang berniaga petang-petang. Cuma bulan ramadhan ni orang yang berniaga makin bertambah. Mungkin untuk menambah pendapatan sekaligus mengaut keuntungan beribu-ribu.

Masalahnya, tidak seperti hari-hari biasa. Harga makanan boleh buat aku panas. Apa tidak, makcik tempat aku selalu beli martabak naik 50 sen. Kalau hari sebelum puasa haritu, harganya RM 1.50, bulan ramadhan ni harganya jadi RM 2. 

Harganya naik dan aku dapat jamin rasanya tidak sesedap hari-hari biasa sebelum ramadhan. Aku rasa teraniaya juga sebagai pembeli dan orang yang berpuasa. Aku geleng kepala lalu teringat kata-kata abang Saufy Nizar.

9 dari 10 punca rejeki datang dari perniagaan, tapi 9 dari 10 itu jugalah membawa perniaga ke neraka kalau meniaga macam celaka. (pergh, ada rima juga ayat aku ni).

Aku harap makcik martabak tu dan peniaga lain di pasar ramadhan tidak mereput di neraka.





Rabu, 20 Jun 2012

Borak



Sekali-sekali , kalau aku boring, aku berborak dengan ahli politik. Keh keh keh.

Rosak

 





Masyarakat kita sudah rosak. Itu saja aku nak cakap. Maaf kualiti gambar level noob.




Khamis, 14 Jun 2012

Saya Telah Berjaya Kawin


Benda ijab dan kabul, walimatul urus dan segala bagai ni memang benda paling power didunia. Ini yang dinamakan telah sampai jodoh. 



Selasa, 8 Mei 2012

Sibuk

Amboi. Lama aku tak update blog, dah ada yang menyedekahkan Al-Fatihah?. Semenjak aku nak kawin ni, sibuknya lain macam. Doa kan majlis aku nanti tu berjalan lancar seperti dirancang hendaknya. Dan aku juga kena jaga kesihatan la gamaknya.


hanya untuk perhiasan.

Sabtu, 10 Mac 2012

Setahun Berlalu

Esok genap setahun bencana tsunami di Jepun. Dan Jepun memang steady. Respek. In before, ini gambar sebelum dan selepas tempat yang dilanda bencana dibersihkan.


 
************************************************************

 



************************************************************



************************************************************



************************************************************

 



************************************************************


 

sumber: bloomberg

Khamis, 16 Februari 2012

Poster Filem Dalam Bentuk Minimal

Bila kering idea untuk up entri baru di blog. Gambar adalah penyelesaiannya. Jadi, ini adalah beberapa poster filem hollywood dalam bentuk minimal. Maksudnya, poster ringkas berbanding poster asal. Aku tertanya-tanya, tiada ka budak-budak art di 1Malaysia ni yang nak minimalist kan poster-poster filem melayu?.

In before, aku suka Forest Gump dan Top Gun.










Khamis, 19 Januari 2012

Bodoh

Tadi gua buka facebook. Gua tengok ada kutu share, "Kejahilan meracun diri sendiri". Gua baca dan gua jadi tidak puas hati.











+++++++


Jadi gua pun mengadu dengan abang Google.


Rabu, 11 Januari 2012

Mari Menjadi Tegap

Sempena tahun masih baru, gua berhasrat mengubah lemak menjadi masel. Infographic yang panjang, sila jangan malas baca. Gua cari kasut kejap, harap masih boleh dipakai.


More Health and Fitness News & Tips at Greatist.

Tahun Baru 2012

In before. I know I'm slow like a pig.

Tahun 2012 adalah tahun yang mendebarkan. Gua harus bekerja keras memandangkan pertengahan tahun gua merancang menamatkan zaman bujang gua dan melangsaikan hutang PTPTN gua menjelang 2013. Kiamat?. Bagi mereka yang percaya dengan teori kaum Mayan tu. Dibawah adalah perutusan ringkas gua sempena tahun baru ni.


 Assalamualaikum wa ramahtu llahi wa barakatuh
 
Paranoia [ˌpar.rəˈnoɪ.ə] (adjective: paranoid [ˈpar.rə.noɪd]) is a thought process believed to be heavily influenced by anxiety or fear, often to the point of irrationality and delusion. Paranoid thinking typically includes persecutory beliefs, or beliefs of conspiracy concerning a perceived threat towards oneself. False accusations and the distrust of others also frequently accompany paranoia.
 
That's all and thank you,
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 




 
 


Rabu, 21 Disember 2011

Isnin, 12 Disember 2011

Soalan Bocor SPM 2013

MU18

SAINS SUKAN

0800 - 0900
1 JAM

Perhatian :

1. Anda diminta menjawab soalan dengan jujur dan ihklas.
2. Jangan meniru. Anda diberi masa sejam untuk menjawab soalan.




Soalan 1

"Kalau tidak dapat menyokong semasa kalah, jangan bersorak ketika menang" - Penyokong Liverpool

"Kalau tidak dapat bermain dipentas eropah, jangan bersorak ketika tim kami kalah" - Penyokong Manchester United.





Berikan lima (5) perbezaan pernyataan di atas.                                                          (20 markah)    











Rabu, 7 Disember 2011

Wordless Wednesday #17

Last gua update blog hari rabu minggu lepas
jadi tak kan hari ini gua nak update pasal wordless wednesday lagi
ingat ini blog wordless wednesday ka?
sekian terima kasih.


* nampak sangat gua jarang update blog.
** update kali ni pun macam status FB.

Rabu, 30 November 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...