Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lelaki. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Saya Telah Berjaya Kawin


Benda ijab dan kabul, walimatul urus dan segala bagai ni memang benda paling power didunia. Ini yang dinamakan telah sampai jodoh. 



Rabu, 11 Januari 2012

Mari Menjadi Tegap

Sempena tahun masih baru, gua berhasrat mengubah lemak menjadi masel. Infographic yang panjang, sila jangan malas baca. Gua cari kasut kejap, harap masih boleh dipakai.


More Health and Fitness News & Tips at Greatist.

Selasa, 27 September 2011

Belajar Survival

Gua ingat bila gua dah kahwin tahun depan, gua plan nak berbulan madu di Dannum Valley. Jadi gua nak persiapkan diri dan belajar survival agar menjadi bekalan bila terjebak ke lembah kesesatan. Video Bears Grylls ni boleh menjadi sumber rujukan gua yang power. Cekidaut.

Khamis, 15 September 2011

Kehidupan Seorang Bujang & Nyamuk

Sebagai seorang pemuda yang berwawasan, liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi sehari-harian gua lalui dengan tabah dan hensem. Tiada istilah putus asa atau dengus-dengus tanda mengeluh. Dan gua tidak pasti sama mengeluh itu boleh dikatakan sebagai mendengus atau ianya lebih sesuai digunapakai hanya bila bernafas dan marah.

Usai berkerja seharian suntuk, gua menapak balik. Ya, rumah gua tidak jauh mana, mungkin hanya sepalaung dari tempat kerja. Jadi berjalan kaki tu boleh la dianggap rutin. Kalau sekarang ramai rakyat Malaysia baru sedar yang berjalan itu boleh menjaga kesihatan jantung dengan baik dan mampu memanjang kan hayat dari sakaratulmaut untuk beberapa tahun menurut kajian. Itu kata mereka yang menjalankan kajian. Tipu mereka, tipu lah gua. Gua pula, berjalan sejak mula berkerja dua tahun yang lalu. Tak da hal.

+++++

Nyamuk. Tidur gua malam tadi jadi tak tentu hala. Kejap-kejap terjaga. Kejap-kejap gua jaga sambil memaki. Kejap-kejap pula gua jaga, kemudian marah, tapi jenis marah yang tak tahu nak marah siapa.

Tapi kenapa gua tak pakai racun nyamuk?. Bukan gua tak nak. Tapi gua tak boleh pakai yang main asap-asap ni. Hidung gua sensitif. Pakai sembur-sembur punya gua rasa macam celaka benda ni, tak berguna. Jadi solution paling bijak gua sudah tentu pasang kipas dengan laju level 5. Dalam pada tu masih ada yang lepas. Lalu gua fikir, makan apa nyamuk-nyamuk ni. Olympians sungguh.


Khamis, 23 Jun 2011

Perihal Lelaki

Lelaki adalah sejenis makhluk ciptaan Tuhan yang paling sexy. Tak cukup dengan itu, lelaki juga adalah spesis yang istimewa, bijak, sukar di jangka dan akhir-akhir ini sangat terhad dan hampir pupus. Dikatakan nisbah wanita dan lelaki 37 : 1. Ok fine, fakta ni gua rembat secara sembereno tanpa was-was dari iklan promosi filem cinta, tanpa gua kaji.




Lalu tidak cukup dengan itu, menjadi seorang lelaki ini juga tak mudah. Bukan calang-calang punya tak mudah. Tak mudahnya itu membuatkan orang-orang biasa tak mudah untuk memahaminya. Segala tanggungjawab kalau boleh dipikul ke bahu lelaki. Orang kata bilamana lelaki sudah mengangkat akad nikah, maka dibahunya terpikul la tanggungjawab yang berat lagi power. See, bukan mudah.




Tapi tak semua lelaki mampu menahan power menjadi lelaki ni. Maka terhasil lah lelaki separa wanita. Lalu ingin dibelai oleh lelaki yang lebih power dan bersaing dengan kaum wanita. Celaka. Itu belum lagi dikira lelaki power melempiaskan powernya ke lelaki kurang power. Celaka # 2.




Isnin, 20 Jun 2011

Selamat Hari Bapa




"Gua bukan baru dalam Oil & Gas ni. Lebih 20 tahun. Sudah tentu gua tau tentang subsidi dan turun naik pasaran bahan api ni. Sedang orang lain kucar-kacir, gua rilek-rilek aja"




*Gua diatas adalah merujuk kepada bapa penulis.




+++++++



Agaknya belum terlambat untuk gua mengucapkan Selamat Hari Bapa.




Jumaat, 10 Jun 2011

Lelaki

Sedang hari siang yang biasa-biasa, gua sibuk berkerja mencari sesuap nasi dan juga sedikit bekalan untuk isteri dan anak-anak masa depan gua. Petang dan malam pula gua sibuk melatih diri membuat kerja-kerja rumah agar bisa meringankan beban isteri masa depan gua. Tapi..ada tapinya, kelak bila gua dah beristeri, tiba ja malam jumaat, biarlah kudrat gua tu tertumpu ke benda lain.


Lalu gua fikir, menjadi lelaki ni agak menjerihkan juga sebenarnya. Patutla syurga para isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Tapi bukan bermakna lelaki boleh kaki-kaki kan isteri atau meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala isteri. Juga bukan juga menjadi kaki botol, kaki judi, kaki disko dan segala macam kaki.


++++++++++


Celaka. Gua baru sedar, kain gua cuci pakai kaki semalam gua belum jemur lagi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...