Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2011

Kehidupan Seorang Bujang & Nyamuk

Sebagai seorang pemuda yang berwawasan, liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi sehari-harian gua lalui dengan tabah dan hensem. Tiada istilah putus asa atau dengus-dengus tanda mengeluh. Dan gua tidak pasti sama mengeluh itu boleh dikatakan sebagai mendengus atau ianya lebih sesuai digunapakai hanya bila bernafas dan marah.

Usai berkerja seharian suntuk, gua menapak balik. Ya, rumah gua tidak jauh mana, mungkin hanya sepalaung dari tempat kerja. Jadi berjalan kaki tu boleh la dianggap rutin. Kalau sekarang ramai rakyat Malaysia baru sedar yang berjalan itu boleh menjaga kesihatan jantung dengan baik dan mampu memanjang kan hayat dari sakaratulmaut untuk beberapa tahun menurut kajian. Itu kata mereka yang menjalankan kajian. Tipu mereka, tipu lah gua. Gua pula, berjalan sejak mula berkerja dua tahun yang lalu. Tak da hal.

+++++

Nyamuk. Tidur gua malam tadi jadi tak tentu hala. Kejap-kejap terjaga. Kejap-kejap gua jaga sambil memaki. Kejap-kejap pula gua jaga, kemudian marah, tapi jenis marah yang tak tahu nak marah siapa.

Tapi kenapa gua tak pakai racun nyamuk?. Bukan gua tak nak. Tapi gua tak boleh pakai yang main asap-asap ni. Hidung gua sensitif. Pakai sembur-sembur punya gua rasa macam celaka benda ni, tak berguna. Jadi solution paling bijak gua sudah tentu pasang kipas dengan laju level 5. Dalam pada tu masih ada yang lepas. Lalu gua fikir, makan apa nyamuk-nyamuk ni. Olympians sungguh.


Khamis, 7 Julai 2011

Ekonomi

gambar rembat dari sini.

Macam gampang juga tajuk entri gua ni. Dan gambar di atas adalah contoh gambaran sarapan gua tadi. Harganya RM2.00. Tapi gua bukannya nak tulis atau promosi makanan Malaysia atau bercerita pasal betapa nasi lemak boleh mengundang obesiti jika dimakan disekolah.

Tapi sebenarnya, gua teringin juga merasa sarapan harga RM15.00 sekali henjut. Tapi memandangkan ekonomi gua belum kukuh, gua simpan saja hasrat murni gua itu. Nasib saja iman gua masih kukuh dari melakukan kerja haram.

Lalu gua fikir, puas sudah gua menyalahkan diri sendiri. Jadi tiba masanya gua cari bahan lain untuk disalahkan. Paling senang gua nak salahkan ialah kerajaan. Apasal tak ambik gua kerja dan bagi gaji 2-3 ribu?. Penat gua datang interbiu. Sampai ketiak berpeluh dan menahan kencing sebab tunggu lama. Akhirnya di ambik juga yang muka tak tau buat kerja tapi ada kabel. Babi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...