Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan

Khamis, 14 Jun 2012

Saya Telah Berjaya Kawin


Benda ijab dan kabul, walimatul urus dan segala bagai ni memang benda paling power didunia. Ini yang dinamakan telah sampai jodoh. 



Sabtu, 10 Mac 2012

Setahun Berlalu

Esok genap setahun bencana tsunami di Jepun. Dan Jepun memang steady. Respek. In before, ini gambar sebelum dan selepas tempat yang dilanda bencana dibersihkan.


 
************************************************************

 



************************************************************



************************************************************



************************************************************

 



************************************************************


 

sumber: bloomberg

Khamis, 15 September 2011

Kehidupan Seorang Bujang & Nyamuk

Sebagai seorang pemuda yang berwawasan, liku-liku kehidupan yang perlu ditempuhi sehari-harian gua lalui dengan tabah dan hensem. Tiada istilah putus asa atau dengus-dengus tanda mengeluh. Dan gua tidak pasti sama mengeluh itu boleh dikatakan sebagai mendengus atau ianya lebih sesuai digunapakai hanya bila bernafas dan marah.

Usai berkerja seharian suntuk, gua menapak balik. Ya, rumah gua tidak jauh mana, mungkin hanya sepalaung dari tempat kerja. Jadi berjalan kaki tu boleh la dianggap rutin. Kalau sekarang ramai rakyat Malaysia baru sedar yang berjalan itu boleh menjaga kesihatan jantung dengan baik dan mampu memanjang kan hayat dari sakaratulmaut untuk beberapa tahun menurut kajian. Itu kata mereka yang menjalankan kajian. Tipu mereka, tipu lah gua. Gua pula, berjalan sejak mula berkerja dua tahun yang lalu. Tak da hal.

+++++

Nyamuk. Tidur gua malam tadi jadi tak tentu hala. Kejap-kejap terjaga. Kejap-kejap gua jaga sambil memaki. Kejap-kejap pula gua jaga, kemudian marah, tapi jenis marah yang tak tahu nak marah siapa.

Tapi kenapa gua tak pakai racun nyamuk?. Bukan gua tak nak. Tapi gua tak boleh pakai yang main asap-asap ni. Hidung gua sensitif. Pakai sembur-sembur punya gua rasa macam celaka benda ni, tak berguna. Jadi solution paling bijak gua sudah tentu pasang kipas dengan laju level 5. Dalam pada tu masih ada yang lepas. Lalu gua fikir, makan apa nyamuk-nyamuk ni. Olympians sungguh.


Selasa, 13 September 2011

TLC Promise Me Campaign with Nuffnang



Rumah Aman is an orphanage located in Shah Alam, with complete facilities to care for poor boys who are orphaned or from needy families. Despite the best efforts to maintain the facilities, it is inevitable that things will degrade due to wear and tear. The old wiring means that the home is quite susceptible to power outages during storms, and the lightning has previously caused damage to the property before. Therefore, an upgrade is urgently needed to ensure the comfort of all the children there. [Read more]




Jumaat, 9 September 2011

6% And I'm Pretty Good With Numbers


Bermula 15 September. Marah gua dah reda. Sebab gua SMS dan Call percuma kalau dengan fiancee gua. Jadi gua ada pilihan untuk beli tambah nilai RM5.30 punya, untuk kelangsungan tempoh pra-bayar henpon gua.

Tapi kalau ada yang masih rasa nak terajang pintu. Silakan.

Gua hujung minggu ni nak beli burung merpati baka German. Gua dengar tauke tu ckp laju baka ni.

Khamis, 25 Ogos 2011

Faceblog

Entah setan apa yang merasuk gua untuk join benda ini. Mula-mula gua fikir, gampang mana lagi yang buat laman sesawang guna idea orang lain, Mark Zuckerberg saja yang mampu jadi kaya hasil idea orang lain.

Tapi bila gua selidik-selidik, tujuan benda ini adalah murni untuk menghimpunkan para blogger lantas bersosial dan mengalakkan kunjung-mengunjug lalu mengundang trafik berjuta-juta. Gua pun join tanpa fikir panjang. Baiklah, sebelum gua menulis dengan lebih celaka, ada baiknya korang lawat laman sesawang faceblog ni.

Sila klik sini untuk maklumat lebih tepat.

*Maaf la, gua ni tak pandai mengarang sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...