Memaparkan catatan dengan label malang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malang. Papar semua catatan

Khamis, 22 September 2011

Malaysia & Sukan

Semalam gua layan skuad olimpik Malaysia bertemu dengan skuad olimpik Japan. Seperti biasa, tim Malaysia akan kalah. Ianya sudah dijangka bila Japan menjaringkan gol pada minit ke 9 masa pertama. Jadi apa yang gua dapat simpul kan, Malaysia sebenarnya bangang dalam bermain bolasepak.

Jadi apa yang rakyat Malaysia pandai?. Lalu gua teringat, sekarang sedang berlangsung perlawanan Piala Dunia Ragbi. Dan seperti biasa bila acara piala dunia sukan berlangsung, Malaysia tidak layak.

Bila gua teringat ada bijak pandai mengatakan kita tidak dijajah British tapi hanya dinaungi. Gua fikir alangkah baiknya kalu kita dijajah. Sekurang-kurang kita mungkin hebat bermain bolasepak atau ragbi seperti England.


Khamis, 18 Ogos 2011

Diari Ramadan

Hari ke 18 puasa. Kalau hari-hari sebelum ni, scene berpuasa gua berjalan dengan tenang dan diberkati. Juadah berbuka gua mantap dan masa bersahur gua tepat. Tapi tidak hari ini, gua terjaga pukul 6.05 pagi. Gua 'check' telefon, alarm belum bermati dari jam 3.30, 3 mesej dan 1 misscall. Celaka. Gua langsung tak dengar.

Ini semua kalau boleh gua nak salah kan movie 'Chicken Run' yang ditayang di T.V2 semalam. What?, chicken?. Gua jadi lapar. Dugaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...