Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadan. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan 2012

Ramadhan datang lagi. Apa yang power nya ramadhan tahun ni aku tidak berpuasa secara solo. Kini aku berpuasa berdua bersama isteri. 

Sahur dikejutkan dengan suara yang manja dan makanan sudah terhidang diatas meja, manakala bebuka pula isteri yang tolong tunjukan makanan bila membeli di pasar ramadhan dan susun cantik-cantik diatas meja.

Power bukan?.

***

Terawih pertama aku tak pergi. Menyesal pun ada juga. Tapi malam kedua tu aku pergi, kira nak survey suasana surau. Orang ramai berpusu-pusu datang, yang kecik pun tak mau kalah. Semuanya kelihatan berseri-seri.

Tapi seperti biasa disemua tempat di Malaysia ni aku rasa, budak-budak yang datang ni bukannya nak sembahyang. Datangnya lebih nak bermain.

Aku sembahyang 8 rakaat dan terus blah. Suara budak-budak ni menengelamkan suara imam. Aku jadi tidak tenang dan kadang-kadang jadi kucar kacir dibuatnya.

Hari-hari seterusnya aku harap pihak AJK surau yang bermuka bengis boleh handle benda-benda macam ni.

***

Hari pertama puasa aku tak pergi pasar ramadhan. Isteri aku ajak berbuka bersama family dia puasa ke-2, jadi aku bercadang mencari sedikit juadah di pasar ramadhan. Jadi aku pun pergilah dekat Sembulan, boleh tahan juga.

Tempat ni memang biasa tempat orang berniaga petang-petang. Cuma bulan ramadhan ni orang yang berniaga makin bertambah. Mungkin untuk menambah pendapatan sekaligus mengaut keuntungan beribu-ribu.

Masalahnya, tidak seperti hari-hari biasa. Harga makanan boleh buat aku panas. Apa tidak, makcik tempat aku selalu beli martabak naik 50 sen. Kalau hari sebelum puasa haritu, harganya RM 1.50, bulan ramadhan ni harganya jadi RM 2. 

Harganya naik dan aku dapat jamin rasanya tidak sesedap hari-hari biasa sebelum ramadhan. Aku rasa teraniaya juga sebagai pembeli dan orang yang berpuasa. Aku geleng kepala lalu teringat kata-kata abang Saufy Nizar.

9 dari 10 punca rejeki datang dari perniagaan, tapi 9 dari 10 itu jugalah membawa perniaga ke neraka kalau meniaga macam celaka. (pergh, ada rima juga ayat aku ni).

Aku harap makcik martabak tu dan peniaga lain di pasar ramadhan tidak mereput di neraka.





Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya : Ramadan Telah Berakhir

Maka kanak-kanak pun bersorak riang. Suasana sedikit kucar-kacir. Ada yang tengah sibuk masukan biskut raya dalam balang, ada yang terkapai-kapai tukar tabir baru, ada yang tak sudah mengetest baju raya, ada yang tengah vakum sofa sampai tersedut anak kucing.

Ada yang terkinja-kinja bermain bunga api dan ada yang meraung jari tinggal dua, esok nak makan lemang pakai ibu jari dengan jari kelinking. Dan ada pula yang sibuk update facebook dan blog. Ok , fine, itu gua.

Jadi dengan ini, gua mengambil sedikit ruang dalam dunia blog ini untuk mengucapkan,

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Selasa, 23 Ogos 2011

Kad Raya

Gua perati sekarang scene kad raya tak meriah. Lebih-lebih lagi sejak, si Mark Zuckerberg cipta laman sosial paling meriah yakni Facebook. Maka berduyun-duyun lah orang pakat wall post ucap Selamat Hari Raya.

Paling kurang pun gua tengok kad raya ni, bila ada kompeni lain bagi hamper. Lalu gua fikir, betapa bestnya zaman sekolah. Lebih-lebih lagi kalu dapat dari awek paling cun dalam kelas tu. Perghh~. Lagi kalu dapat yang ada bunyi, lagi lain macam dia punya feel.

Sekarang dah masuk puasa ke-23. Tak ada ka sesiapa yang nak bagi gua kad raya?. Sedihnya. Huu~

Khamis, 18 Ogos 2011

Diari Ramadan

Hari ke 18 puasa. Kalau hari-hari sebelum ni, scene berpuasa gua berjalan dengan tenang dan diberkati. Juadah berbuka gua mantap dan masa bersahur gua tepat. Tapi tidak hari ini, gua terjaga pukul 6.05 pagi. Gua 'check' telefon, alarm belum bermati dari jam 3.30, 3 mesej dan 1 misscall. Celaka. Gua langsung tak dengar.

Ini semua kalau boleh gua nak salah kan movie 'Chicken Run' yang ditayang di T.V2 semalam. What?, chicken?. Gua jadi lapar. Dugaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...