Sabtu, 27 Oktober 2012
Isnin, 10 September 2012
Menjaga Kucing
sebijik macam si Mumut
Sejak hari raya ke-5, aku sedang sibuk menjaga seekor kucing.Tapi sebenarnya kucing ni bukan kucing aku pun. Aku jumpa. Secara teknikalnya aku telah menculik seekor kucing dari tuannya, tapi dalam masa yang sama aku sebenarnya menyelamatkan dia dari pemangsa. Aku tidak pasti apa bangsa dan keturunannya, dan dari mana asalnya. Rasa seperti menyimpan seorang pendatang tanpa izin pun ada.
Jadi rutin aku dan isteri sehari-hari jadi bertambah, macam ada baby. Amboi, mentang-mentang aku dan isteri masih berkira-kira untuk menimang cahaya mata. Aku dan isteri sepakat namakan dia si Mumut.
Tapi yang menjadikan aku risau, kucing ni bukan kucing kampung. Kalau kucing kampung, bagi tulang ikan pun dia boleh bedal, sangat kompromi. Jadi aku bertanya dengan bomoh Google benda yang tak patut kucing makan dan kini saya semakin bijak. Benda ni apply untuk semua jenis kucing sebenarnya. Ok pertama sekali;
1) Tuna dalam tin
What the...??. Kemon. Tuna is ikan dan opkos kucing sinonim dengan ikan. Tapi sebenarnya tuna dalam tin ni (yang untuk manusia punya jenis) adalah tidak sesuai sebagai diet kucing.
Kekerapan diet ini boleh menyebabkan kucing kekurangan nutrien dan keracunan merkuri. Difahamkan tuna mempunyai kadar merkuri yang tinggi. Even PETA pun ada bagi '10 sebab kenapa Tuna tak patut di makan'. Walaupun kadang-kadang PETA ni boleh tahan bangangnya.
2) Susu segar
"Apakata kita susukan kucing ni?, pretend macam baby kita, hikhikhik"
Tapi sebenarnya susu ni tak sesuai untuk kucing, boleh menyebabkan cirit birit. Walaupun masa kecik dorang menyusu tak henti-henti sampai mak kucing tu tak dapat nak pergi makan dan berak. Benda ni aku memang lama dah tahu sebelum aku membuat kajian ni. Sebab dulu masa aku masih sekolah rendah, aku pernah bagi susu dengan kucing kat rumah aku. Bersepah dorang berak.
3) Telur dan daging mentah
Tak pernah pula aku terfikir nak bagi kucing makan telur. Lagipun sah-sah kucing taknak makan. Tapi kot-kot ada yang terbagi atau tercampur dengan makanan kucing, telur ni boleh menyebabkan kucing gagal menyerap biotin dengan baik dan boleh menyebabkan bulu dan kulit kucing jadi rosak.
Daging mentah pula berpotensi mengadungi bakteria bra bersaiz e E.Coli. Kucing boleh muntah-muntah dan sakit.
4) Garam dan tepung uli.
"Kesian juga kucing ni, hari-hari makan ikan rebus kosong. Baik aku letak garam dan sedikit ajinomoto. Aku pun boleh makan sekali. Bijak macam siti sifir aku ni. hikhikhik"
Kucing ni tak perlu la diberi makan ikut selera kita. Garam dan perisa ni boleh mengundang ketidakseimbangan elektrolit. Jadi lojik nya di sini juga, kucing juga tidak boleh diberi 100 plus. Right?.
Begitu juga dengan tepung uli. Sedap-sedap kita uli tepung dan buat bentuk jadi ikan. Datang-datang dia, terus ngap. Masuk angin dalam perut dan senak. Padan muka. Tapi yang susahnya kita juga. Tekejar-kejar. Jiran ingatkan anak, rupanya kucing.
5) Ikan
"Fakkk..jadi aku nak bagi apa ??"
Ikan mentah boleh merosakkan thiamine yang diperlukan kucing. Enzim Thiaminase vs Thiamine = No Thiamine. But wait..what sorcery is this?.
Tapi nasib baik selama ni aku bagi ikan rebus. Itu dah kira habis tabah dah tu. Tak sanggup aku nak goreng ikan pukul 6 pagi.
*Gambar bukan milik aku. Diambil dari google images.
Isnin, 23 Julai 2012
Ramadhan 2012
Ramadhan datang lagi. Apa yang power nya ramadhan tahun ni aku tidak berpuasa secara solo. Kini aku berpuasa berdua bersama isteri.
Sahur dikejutkan dengan suara yang manja dan makanan sudah terhidang diatas meja, manakala bebuka pula isteri yang tolong tunjukan makanan bila membeli di pasar ramadhan dan susun cantik-cantik diatas meja.
Power bukan?.
***
Terawih pertama aku tak pergi. Menyesal pun ada juga. Tapi malam kedua tu aku pergi, kira nak survey suasana surau. Orang ramai berpusu-pusu datang, yang kecik pun tak mau kalah. Semuanya kelihatan berseri-seri.
Tapi seperti biasa disemua tempat di Malaysia ni aku rasa, budak-budak yang datang ni bukannya nak sembahyang. Datangnya lebih nak bermain.
Aku sembahyang 8 rakaat dan terus blah. Suara budak-budak ni menengelamkan suara imam. Aku jadi tidak tenang dan kadang-kadang jadi kucar kacir dibuatnya.
Hari-hari seterusnya aku harap pihak AJK surau yang bermuka bengis boleh handle benda-benda macam ni.
***
Hari pertama puasa aku tak pergi pasar ramadhan. Isteri aku ajak berbuka bersama family dia puasa ke-2, jadi aku bercadang mencari sedikit juadah di pasar ramadhan. Jadi aku pun pergilah dekat Sembulan, boleh tahan juga.
Tempat ni memang biasa tempat orang berniaga petang-petang. Cuma bulan ramadhan ni orang yang berniaga makin bertambah. Mungkin untuk menambah pendapatan sekaligus mengaut keuntungan beribu-ribu.
Masalahnya, tidak seperti hari-hari biasa. Harga makanan boleh buat aku panas. Apa tidak, makcik tempat aku selalu beli martabak naik 50 sen. Kalau hari sebelum puasa haritu, harganya RM 1.50, bulan ramadhan ni harganya jadi RM 2.
Harganya naik dan aku dapat jamin rasanya tidak sesedap hari-hari biasa sebelum ramadhan. Aku rasa teraniaya juga sebagai pembeli dan orang yang berpuasa. Aku geleng kepala lalu teringat kata-kata abang Saufy Nizar.
9 dari 10 punca rejeki datang dari perniagaan, tapi 9 dari 10 itu jugalah membawa perniaga ke neraka kalau meniaga macam celaka. (pergh, ada rima juga ayat aku ni).
Aku harap makcik martabak tu dan peniaga lain di pasar ramadhan tidak mereput di neraka.
Langgan:
Catatan (Atom)





